Soalan Lazim: Nafkah Anak

  1. Siapakah yang bertanggungjawab untuk menyediakan Nafkah Anak?

    Tanggungjawab Nafkah Anak terletak kepada bapa kandung. Jika bapa tiada, tanggungan berpindah mengikut susunan tertib wali.

  2. Selepas bercerai, saya dan bekas suami bersetuju untuk memberikan hak jagaan anak kepada saya. Adakah saya masih boleh menuntut Nafkah daripada bekas suami?

    Ya, boleh. Walaupun Puan mendapat hak jagaan anak, secara asasnya bekas suami iaitu bapa kandung kepada anak-anak tersebut masih bertanggungjawab untuk menyediakan Nafkah Anak.

  3. Bagaimanakah kiraan untuk penentuan jumlah Sokongan Anak?

    Tiada formula spesifik yang digunakan oleh Mahkamah dalam menentukan jumlah Nafkah, namun Mahkamah akan menetapkan jumlah Nafkah tersebut berdasarkan keperluan asas anak iaitu tempat tinggal, pakaian, makanan, perubatan dan pelajaran. Di samping itu, Mahkamah juga melihat kepada kemampuan dan taraf kehidupan bapa serta anak tersebut.

  4. Bilakah saya boleh memfailkan tuntutan Nafkah Anak di Mahkamah Syariah?

    Tuntutan Nafkah boleh dibuat apabila seorang bapa:

    1. Enggan atau cuai mengadakan peruntukan nafkah bagi anaknya;
    2. Meninggalkan langsung isterinya, dan anaknya dalam penjagaan isterinya;
    3. Dalam masa menanti keputusan sesuatu perbicaraan berkenaan hal ehwal isteri di Mahkamah; atau
      Apabila membuat atau selepas daripada membuat suatu perintah meletakkan anak itu dalam jagaan seseorang lain.
  5. Apakah cara pembayaran Nafkah yang boleh dilaksanakan?

    Pelaksanaan Nafkah boleh dibuat secara pembayaran terus oleh bapa atau melalui potongan gaji/penahanan pendapatan.

  6. Berapa lama tempoh perintah Nafkah berkuatkuasa?

    Pada umumnya perintah Nafkah berkuatkuasa sehingga anak berusia 18 tahun melainkan diperintah sebaliknya oleh Mahkamah.

  7. Saya telah memperolehi Perintah Sokongan Anak dan ketika itu anak saya berumur 7 tahun. Bolehkah jika saya ingin memohon untuk Mahkamah mengubah jumlah Nafkah tersebut kerana peningkatan jumlah nafkah/keperluan anak?

    Mahkamah boleh pada bila-bila masa untuk mengubah atau membatalkan sesuatu Perintah Mahkamah berdasarkan Permohonan mana-mana pihak jika terdapat salah pernyataan, kesilapan fakta atau perubahan hal keadaan.

  8. Bagaimana jika bekas suami saya tidak mematuhi Perintah Nafkah tersebut. Apa tindakan yang saya boleh lakukan ke atas bekas suami?

    Terdapat beberapa tindakan yang boleh Puan ambil iaitu:

    1. Memohon kepada Mahkamah suatu Perintah untuk menguatkuasakan Perintah Nafkah tersebut;
    2. Memfailkan Permohonan Tunggakan Nafkah;
    3. Memohon kepada Mahkamah supaya bekas suami dikenakan hukuman menghina Mahkamah kerana enggan mematuhi Perintah Mahkamah.
  9. Bagaimanakah jika saya ingin memfailkan tuntutan Nafkah Anak di Mahkamah Syariah?

    Permohonan Hak Jagaan tersebut boleh difailkan di Mahkamah Rendah Syariah daerah tempat pemohon bermastautin. Pihak pemohon juga boleh melantik Peguam Syarie untuk membantu dan mewakili beliau dalam tuntutan tersebut.

Share this article

Related Articles  

Mediation or Trial?

Nov 29, 2023  
The choice between mediation and Trial depends on the specific circumstances of the legal dispute and the preferences of the parties involved. Here’s a brief overview of both options:- Mediation Mediation is effectively a supervised...

FAQs: Can you commence legal action?

Nov 20, 2023  
1 I) A claims that B owes him a sum of money. B died last week. What can A do? General rule: section 8(1) of Civil Law Act: all cause of action subsisting against or...

Questions? We're here to help

Send Us Inquiries/ Message/ Feedback :