Soalan Lazim: Gangguan Orang / Pihak Ketiga

Soalan Lazim: Gangguan Orang / Pihak Ketiga

  1. Apa yang dimaksudkan dengan gangguan orang ketiga?

    Gangguan orang / pihak ketiga adalah ketika seseorang cuba mengganggu atau mengganggu hubungan anda dengan orang yang anda menjalin hubungan dengannya. Ini termasuk sesiapa sahaja, tetapi umumnya berlaku untuk ahli keluarga, rakan, dan pihak ketiga yang lain.

  2. Siapakah golongan yang boleh dianggap sebagai orang ketiga?

    Tidak ada takrifan yang khusus berkenaan orang ketiga kerana sesiapa sahaja boleh menjadi orang ketiga dalam suatu hubungan suami isteri. Namun secara amnya orang ketiga adalah pihak yang cuba untuk mengeruh, mengganggu serta meruntuhkan sesebuah institusi kekeluargaan. Orang ketiga ini termasuklah:

    1. Ahli keluarga sendiri seperti ibu bapa, adik beradik, ipar duai dan sebagainya;
    2. Kekasih atau bekas kekasih;
    3. Rakan, rakan sekerja atau majikan;
    4. Jiran.
    5. Dan lain-lain.
  3. Apakah perbuatan yang dianggap sebagai gangguan orang ketiga?

    Berdasarkan Akta/Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah, terdapat beberapa bentuk kesalahan yang boleh didakwa sebagai gangguan orang ketiga iaitu:

    1. Memujuk lari atau membawa pergi atau mempengaruhi perempuan bersuami supanya meninggalkan rumahtangga;
    2. Menghalang pasangan suami isteri yang sah daripada hidup sebagai suami isteri;
    3. Menghasut, memaksa, memujuk suami atau isteri supaya bercerai atau mengabaikan tanggungjawab.
  4. Apa yang boleh saya lakukan jika berlaku gangguan orang ketiga?

    Encik/Puan boleh membuat aduan di Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam di negeri Encik/Puan bermastautin. Hal ini adalah kerana kesalahan-kesalahan ini adalah termasuk dalam kategori kesalahan jenayah syariah dan hanya Pendakwa Syarie yang mempunyai bidangkuasa untuk memulakan kes jenayah.Bahagian Penguatkuasaan akan meneruskan siasatan terperinci jika terdapat bukti yang kukuh berkenaan aduan tersebut dan seterusnya mendakwa pihak ketiga tersebut di Mahkamah Syariah.

  5. Apakah yang saya perlukan ketika membuat aduan di Jabatan Agama Islam?

    Sebelum Encik/Puan membuat aduan di Jabatan Agama Islam, adalah disarankan agar Encik/Puan menyediakan bukti dan dokumen berkaitan aduan gangguan orang / pihak ketiga tersebut. Antara dokumen/bukti yang diperlukan ialah:

    1. Maklumat diri orang ketiga;
    2. Gambar yang membuktikan gangguan orang / pihak ketiga;
    3. Screenshot mesej/perbualan antara pasangan dan pihak ketiga;
    4. Dokumen-dokumen lain seperti resit hotel, video, etc.
  6. Selepas membuat aduan di Jabatan Agama Islam, ada tindakan undang-undang lain yang boleh saya ambil menurut Undang-undang Syariah?

    Terdapat beberapa tindakan yang boleh diambil oleh pasangan bergantung kepada perancangan mereka selepas itu:

    1. Jika pasangan tersebut ingin berbaik semula dan ingin menghadiri kaunseling, mereka boleh mendaftar untuk sesi kaunseling di Jabatan Agama Islam;
    2. Jika pasangan ingin bercerai, boleh memfailkan permohonan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah di tempat pasangan tersebut bermastautin;
    3. Selain itu, suami boleh memfailkan tuntutan sabitan Nusyuz di Mahkamah Rendah Syariah ke atas isterinya
  7. Apa yang pihak firma guaman dapat bantu saya dalam menyelesaikan isu yang disebutkan di atas?

    Pihak kami dapat membantu Encik/Puan dalam keadaan berikut:

    1. Memberikan khidmat nasihat guaman kepada Encik/Puan berkenaan kes orang ketiga;
    2. Memberikan khidmat nasihat guaman dan mewakili Encik/Puan dalam kes perceraian/nusyuz di Mahkamah Syariah;
    3. Memberikan khidmat nasihat guaman dan mewakili Encik/Puan jika Encik/Puan ingin meneruskan kes di Mahkamah Sivil.
Share this article

Related Articles  

Soalan Lazim: Faraid

Sep 29, 2022  
Harta apa yang boleh difaraidkan? J: Harta yang didaftarkan di bawah nama Si Mati seperti: a) Harta Tak Alih: tanah dan rumah. b) Harta Alih: wang simpanan bank, saham, KWSP, Tabung Haji, iInsurans, barang kemas...

Solan Lazim: Hibah

Sep 29, 2022  
Apakah Hibah? J: Hibah adalah pemberian harta secara kasih sayang kepada sesiapa yang dikehendaki ketika Penghibah masih hidup dan tanpa balasan. Adakah saya perlu mendapatkan persetujuan ahli waris yang lain sebelum saya menghibahkan harta saya?...
Soalan Lazim: Gangguan Orang / Pihak Ketiga

Soalan Lazim: Gangguan Orang / Pihak Ketiga

Sep 2, 2021  
Soalan Lazim: Gangguan Orang / Pihak Ketiga Apa yang dimaksudkan dengan gangguan orang ketiga? Gangguan orang / pihak ketiga adalah ketika seseorang cuba mengganggu atau mengganggu hubungan anda dengan orang yang anda menjalin hubungan dengannya....

Questions? We're here to help

Send Us Inquiries/ Message/ Feedback :