Soalan Lazim: NAFKAH IDDAH & MUT’AH

  1. Siapa yang berhak mendapat Nafkah Iddah?

    Seorang isteri yang diceraikan berhak mendapat nafkah dengan syarat:

    1. Isteri diceraikan secara talak rajie (talak yang boleh dirujuk).
    2. Ister yang hamil ditalak dengan talak bain (tidak boleh dirujuk) berhak mendapat nafkah sehingga anak lahir.
    3. Perempuan tidak hamil yang diceraikan secara talak bain, tidak berhak mendapat nafkah, pakaian dan tempat kediaman. Namun mereka berhak mendapat kemudahan tempat tinggal.
    4. Isteri yang tidak nusyuz.

    Isteri yang dalam iddah kerana kematian suami dan isteri yang diceraikan namun belum disetubuhi tidak berhak mendapat nafkah iddah.

  2. Apa yang saya boleh tuntut dalam Nafkah Iddah?

    menjadi tanggungjawab suami untuk menyediakan keperluan berikut dalam tempoh iddah:

    1. Makanan.
    2. Pakaian.
    3. Tempat tinggal.
    4. Apa-apa keperluan lain kepada seorang isteri seperti perubatan dan sebagainya.
  3. Berapa lama tempoh saya akan menerima Nafkah Iddah?

    Seorang isteri yang diceraikan akan menerima nafkah sepanjang tempoh iddah. Tempoh iddah bagi setiap wanita adalah berbeza mengikut keadaan:

    1. Iddah bagi wanita yang bercerai adalah selama tiga kali suci.
    2. Jika isteri diceraikan ketika mengandung, iddah tamat apabila wanita tersebut melahirkan anaknya.
    3. Jika wanita tersebut telah menopause, iddah ialah selama tiga bulan.
    4. Jika wanita tersebut telah kematian suami, tempoh iddah adalah empat bulan 10 hari namun mereka tidak berhak mendapat nafkah.
    5. Jika isteri diceraikan tanpa disetubuhi, tiada tempoh iddah.
  4. Apakah maksud Mut’ah?

    Mut’ah ialah saguhati yang wajib diberikan dari suami kepada bekas isteri sebagai tanda penghargaan kepada wanita tersebut untuk mereka memulakan hidup baru dan perceraian tersebut bukan berpunca dari isteri.

  5. Siapa yang untuk berhak menerima Mut’ah?

    Terdapat beberapa syarat seorang isteri memohon Mut’ah iaitu:

    1. Wujud perkahwinan yang sah.
    2. Berlaku perceraian bukan berpunca dari isteri.
    3. Berlaku perceraian hidup.
    4. Berlaku persetubuhan.
    5. Perceraian bukan disebabkan oleh suami papa.
  6. Berapakah jumlah Mut’ah yang boleh saya tuntut terhadap bekas suami?

    Tiada formula spesifik dalam pengiraan jumlah tuntutan Mut’ah, namun terdapat beberapa faktor yang boleh diambil kira dalam menentukan kadar Mut’ah yang sewajarnya iaitu:

    1. Kemampuan suami.
    2. Tempoh perkahwinan.
    3. Taraf hidup pasangan semasa perkahwinan.
    4. Sumbangan/Pengorbanan isteri.
    5. Taraf kedudukan dan sifat isteri.
  7. Saya ada berbincang dengan bekas suami berkenaan jumlah Mut’ah tetapi bekas suami tidak setuju. Apa yang perlu saya buat?

    Jika tiada persetujuan di antara kedua pihak, puan boleh memfailkan tuntutan Mut’ah di Mahkamah Syariah dan Mahkamah yang akan tentukan jumlah yang wajar berdasarkan faktor-faktor di atas,

  8. Saya seorang wanita yang bekerjaya dan mempunyai pendapatan sendiri, adakah saya juga berhak untuk menuntut Nafkah Iddah dan Mut’ah?

    Ya. Setiap wanita yang diceraikan berhak untuk ke atas Nafkah Iddah dan Mut’ah walaupun wanita tersebut mempunyai pendapatan sendiri dan/tau pendapatan bekas suami kurang dari wanita tersebut.

Share this article

Related Articles  

  • Soalan Lazim: Faraid

    Sep 29, 2022  
    Harta apa yang boleh difaraidkan? J: Harta yang didaftarkan di bawah nama Si Mati seperti: a) Harta Tak Alih: tanah dan rumah. b) Harta Alih: wang simpanan bank, saham, KWSP, Tabung Haji, iInsurans, barang kemas...

    Solan Lazim: Hibah

    Sep 29, 2022  
    Apakah Hibah? J: Hibah adalah pemberian harta secara kasih sayang kepada sesiapa yang dikehendaki ketika Penghibah masih hidup dan tanpa balasan. Adakah saya perlu mendapatkan persetujuan ahli waris yang lain sebelum saya menghibahkan harta saya?...
  • Soalan Lazim: Gangguan Orang / Pihak Ketiga

    Soalan Lazim: Gangguan Orang / Pihak Ketiga

    Sep 2, 2021  
    Soalan Lazim: Gangguan Orang / Pihak Ketiga Apa yang dimaksudkan dengan gangguan orang ketiga? Gangguan orang / pihak ketiga adalah ketika seseorang cuba mengganggu atau mengganggu hubungan anda dengan orang yang anda menjalin hubungan dengannya....
  • Soalan Lazim: Nafkah Anak

    Soalan Lazim: Nafkah Anak

    Sep 2, 2021  
    Siapakah yang bertanggungjawab untuk menyediakan Nafkah Anak? Tanggungjawab Nafkah Anak terletak kepada bapa kandung. Jika bapa tiada, tanggungan berpindah mengikut susunan tertib wali. Selepas bercerai, saya dan bekas suami bersetuju untuk memberikan hak jagaan anak...
    Soalan Lazim: Hak Jagaan Anak (Hadhanah)

    Soalan Lazim: Hak Jagaan Anak (Hadhanah)

    Sep 2, 2021  
    Panduan Terbaik untuk Hak Jagaan Anak dan Perceraian, Dari Perspektif Peguam Syariah. Kesahan hak jagaan anak adalah rumit, jadi penting untuk mengetahui apa hak anda. Sekiranya anda dalam proses bercerai atau mempunyai anak di luar...
  • Soalan Lazim: Percerian

    Soalan Lazim: Percerian

    Apr 15, 2021  
    Apakah jenis perceraian yang boleh difailkan di Mahkamah Syariah? Terdapat beberapa jenis perceraian yang boleh difailkan iaitu: Perceraian Persetujuan Bersama Perceraian Fasakh Khuluk (Tebus Talak) Pengesahan Cerai Pengesahan Lafaz Taklik Apakah alasan yang membolehkan saya...
    Soalan Lazim: Harta Sepencarian

    Soalan Lazim: Harta Sepencarian

    Apr 15, 2021  
    Apakah yang dimaksudkan dengan harta sepencarian. Harta yang diperolehi oleh suami isteri, semasa dalam perkahwinan dengan usaha bersama atau harta yang diperolehi sebelum perkahwinan tetapi dimajukan atau dikembangkan dalam tempoh perkahwinan. Apakah harta yang boleh...
  • Soalan Lazim: NAFKAH IDDAH & MUT’AH

    Soalan Lazim: NAFKAH IDDAH & MUT’AH

    Apr 15, 2021  
    Siapa yang berhak mendapat Nafkah Iddah? Seorang isteri yang diceraikan berhak mendapat nafkah dengan syarat: Isteri diceraikan secara talak rajie (talak yang boleh dirujuk). Ister yang hamil ditalak dengan talak bain (tidak boleh dirujuk) berhak...
    Hak Jagaan Anak

    Hak Jagaan Anak

    Feb 27, 2021  
    HADHANAH: Bagaimana Status Hak Jagaan Anak Selepas Perceraian? Isu Hadhanah atau hak jagaan anak sering timbul apabila berlakunya permasalahan rumah tangga atau perceraian di antara pasangan suami dan isteri. Perebutan hak jagaan anak sama ada...

Questions? We're here to help